Home Artikel PAS Selangor

​Muslimat PAS Selangor Cakna Warga Emas

1485
SHARE

Kuala Selangor- 13 Oktober yang lalu Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Ustazah Hjh Wan Hasrina Wan Hassan turun padang menziarahi warga emas di Bandar Baru.

Dalam siri lawatan tersebut, DMPNS telah menziarahi warga emas yang menghidap penyakit kanser tulang belakang dan kencing manis.

Turut bersama dalam lawatan  ialah beberapa orang  AJK Dewan Muslimat PAS Selangor, Lajnah Kebajikan DMPNS dan AJK Dewan Muslimat Kuala Selangor.

DMPNS menyantuni dan memberi sumbangan yang disampaikan oleh Ustazah Hjh Wan Hasrina kepada warga emas berkenaan.