Home Artikel PAS Pulau Pinang

Program Sembang Santai Kopi 0 Bersama Penduduk Tasek Junjung Bukit Mertajam

731
SHARE

PAS Kawasan Bukit Mertajam melalui lajnah Penerangan dan dengan sokongan PAS Cawangan Tasek Junjung telah mengadakan program Sembang Santai Kopi 0 bersama penduduk Tasek Junjung bertempat di Kedai Makan Haji Saad pada 15-Oktober-2017.

Program yang bemula dari jam 3 petang turut diserikan lagi dengan kehadiran konvoi anak muda bermotosikal (ARC) berjumlah melebihi 50 orang yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Bukit Mertajam, Syed Nazri Syed Ibrahim mengiringi Ustaz Afnan Hamimi bin Dato Taib Azamuddin.

Program sembang santai ini telah berjaya menarik kehadiran lebih 150 orang penduduk berdekatan yang hadir untuk menyatakan sokongan kepada perjuangan PAS dalam memartabatkan perjuangan Islam dan turut mengambil kesempatan untuk mendengar amanat pimpinan atasan terutamanya dalam suasana menjelang PRU ke 14 yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi.

Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Mertajam, Ustaz Yusni Mat Piah dalam ucapan aluan beliau telah mengingatkan semua ahli untuk melipat gandakan usaha bagi memenangkan gerakan Islam terutamanya dalam suasana PAS yang ketika ini telah mengenal pasti beberapa kerusi untuk ditandingi termasuklah di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ini.

Ketua Pemuda PAS Bukit Mertajam didalam ucapan beliau mengajak pendokong dan penyokong PAS terutama dikalangan anak anak muda untuk melibatkan diri didalam program dan NGO yang ditubuhkan seperti Jabatan Amal, ARC, Briged Amal manakala bagi wanita pula ialah Ameerah dan lain-lain.

Melalui pengelibatan seperti ini anak anak muda bukan sahaja cuba dihindarkan dari aktiviti tidak berfaedah seperti budaya ketum, penangihan dadah, gejala sosial dan seumpamanya malah banyak kegiatan yang dianjurkan dapat membangkit semangat mereka bagi meletakkan Islam ditempat yang tinggi dan betul mengikut syarial ALLAH SWT.

Ustaz Afnan, selaku penceramah utama dalam ucapan beliau mengingatkan penyokong dan pendokong PAS bahawa agenda perjuangan PAS amat berbeza dengan parti-parti lain dimana PAS meletakkan perjuangan memartabatkan ISLAM sebagai agenda utama.

Beliau menyeru supaya kegiatan dakwah dapat ditingkatkan dan mengingatkan jamaah supaya tidak jemu untuk senantiasa berdakwah kepada masyarakat.
Beliau juga merujuk kisah kisah peperangan yang diharungi oleh Nabi Muhammad SAW dimana yang sedikit itu tak semestinya kalah.

Program Sembang Santai kopi O berakhir dengan sumbangan kepada Puan Rodzi binti Sahidan dimana suami beliau iaitu Allahyarham Mohd Nasir bin Md Noor meninggal dunia baru baru ini akibat kanser hidung tahap 4 merupakan salah seorang pendokong PAS di Tasek Junjung.

Program yang berjalan dengan jayanya tamat sekitar sebelum Asar.