Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Telok Kemang | Operasi Bilik Gerakan PAS Diperkemas

918
SHARE

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN MTD

Alhamdulillah tengah hari tadi para petugas pilihanraya PAS kawasan Teluk Kemang telah selesai menjalankan aktiviti gotong royong. Aktiviti yang dijalankan ini bertujuan untuk membuka kembali bilik gerakan bagi menjalankan kerja-kerja pilihanraya, disamping dapat merapatkan kembali ukhwah dikalangan para petugas.

Program tersebut turut diberi sentuhan taujihad daripada Tn. Hj. Mokhtarudin, seorang penceramah dan juga pakar motivasi daripada Pendang, Kedah. MTD yang terletak berdekatan dengan laluan utama jalanraya menuju ke bandar Port Dickson tersebut turut diiringi dengan bunyian hon kereta yang melaluinya sebagai tanda sokongan moral.

Diharapkan dengan petanda yang positif ini dapat menguatkan motivasi ahli PAS untuk terus bekerja bertungkus lumus memenangi kawasan di sekitar Teluk Kemang.

#sejahterabersamaIslam
#PASkawasanTeluKemang
#PASpilihanku

Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Teluk Kemang
18/10/17
Bagan Pinang