Kuala Selangor- 13 Oktober yang lalu Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Ustazah Hjh Wan Hasrina Wan Hassan turun padang menziarahi warga emas di Bandar Baru.
Dalam siri lawatan tersebut, DMPNS telah menziarahi warga emas yang menghidap penyakit kanser tulang belakang dan kencing manis.
Turut bersama dalam lawatan ialah beberapa orang AJK Dewan Muslimat PAS Selangor, Lajnah Kebajikan DMPNS dan AJK Dewan Muslimat Kuala Selangor.
DMPNS menyantuni dan memberi sumbangan yang disampaikan oleh Ustazah Hjh Wan Hasrina kepada warga emas berkenaan.