Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak
?️ 10 Oktober merupakan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia. Sambutan ini bermula tahun 1992 dan diperkenalkan oleh World Federation of Mental Health (WFMH) dengan tema yang berbeza saban tahun.
Tekanan dan cabaran pasti terus diuji buat hambaNya yang terpilih. Justeru itu banyakkan bersabar, tenang dan buat pilihan yang tepat. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Mintalah petunjuk dari yang pakar dan berserah juga pada ilahi agar DIA sentiasa memberikan yang terbaik dan memberikan kelapangan atas segala urusan kita.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاهْدِني ، وَعَافِني ، وَارْزُقْنِي
Ya Allah, ampunilah aku dan kasihanilah aku hambamu yang lemah. Ya Allah berilah petunjuk padaku dan selamatkanlah aku (dari berbagai penyakit) dan berikanlah rezeki yang melimpah ruah kepadaku.
Sayangi diri anda, sayangi insan sekeliling anda, berikan senyuman dan pelukan kasih sayang buat insan yang tersayang. Bersama membina keluarga yang sihat, bahagia dan hidup dengan aman lagi harmoni.
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN GOMBAK
22 Safar 1442H | 10 Oktober 2020
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor