Home Berita PAS Terengganu

π™‹π™šπ™’π™ͺ𝙙𝙖 π™‹π˜Όπ™Ž 𝙑𝙖π™₯𝙀𝙧 π™₯π™€π™‘π™žπ™¨ π™₯π™§π™€π™«π™€π™ π™–π™¨π™ž π™’π™šπ™‘π™–π™’π™₯𝙖π™ͺ 𝙐𝙒𝙣𝙀

41
SHARE

Pemuda PAS Terengganu membuat laporan polis ke atas Ketua Pemuda Umno Malaysia, yang didakwa melakukan provokasi melampau terhadap penyokong PAS hari ini.

Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Irsyad Syafiq Burhanuddin berkata, provokasi itu menimbulkan rasa tidak selesa penyokong PAS dan orang awam sehingga hampir mencetuskan pergaduhan.

β€œIa bermula apabila Ketua Pemuda Umno Malaysia itu secara sengaja memberhentikan kenderaan yang dinaikinya secara tiba-tiba di tengah jalan ketika lampu hijau di Jalan Sulaimani menghala ke Kuantan.

β€œSejurus selepas itu beliau dan pemandunya keluar daripada kereta tanpa rasa bersalah walaupun mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan membahayakan pengguna jalan raya.

β€œKetika itu juga beliau melakukan provokasi terhadap peserta flashmob PAS yang menasihati beliau supaya mengalihkan kenderaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat laporan polis di IPD Kemaman, malam ini.

Mengulas lanjut, Irsyad Syafiq berkata, Ketua Pemuda Umno itu mula bertindak ganas apabila cuba meluru ke arah peserta flashmob PAS yang menegurnya supaya mengalih kenderaan.

β€œNamun, mujur ada pihak polis yang menghalangnya, malangnya pihak mereka berterusan melakukan provokasi dan cuba menyerang penyokong PAS.

β€œAtas sebab itu kami membuat laporan polis ini agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya, segala bukti telah kami serahkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Petang tadi, berlaku kekecohan antara penyokong PAS dan Umno-BN di acara flashmob kedua-dua parti.

Pada awalnya flashmob berlangsung dengan baik, tetapi bertukar menjadi kecoh sejurus ketibaan Ketua Pemuda Umno.