Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mengikuti rapat perkembangan terkini yang berlaku di negara Palestin yang saban tahun berjuang mempertahankan bumi mereka dari terus dijajah oleh zionis Israel.
Terkini, Taufan Al-Aqsa telah dilancarkan oleh Briged Al Qassam dibawah kepimpinan HAMAS di Palestin dek kerana kebiadapan zionis Israel yang terus menerus menindas rakyat mereka di Palestin.
Pelbagai penindasan telah dilakukan sejak sekian lama keatas negara Palestin ini, sehingga tanah sendiri dirampas oleh pihak zionis bahkan ramai rakyat palestin yang terbunuh akibat penjajahan ini.
Jutaan warga palestin telah diusir dari tanah mereka sendiri, bagi memperluaskan jajahan takluk zionis Israel.
Kini, rakyat Palestin bangkit untuk mempertahankan kembali tanah mereka sendiri dari penjajah haram yang menggambil tanah tersebut dengan darah dan penyeksaan kepada warga palestin.
Malangnya, masyarakat dunia khususnya pihak barat berterusan dengan sikap berat sebelah dengan membenarkan kekejaman zionis Israel merampas negara Palestin tanpa sebarang tindakan namun sebaliknya mereka mengangap rakyat Palestin yang mempertahankan negara mereka sebagai penjenayah.
Justeru itu, DPPNT menuntut seluruh umat Islam dan dunia khususnya yang berada di Terengganu untuk menyatakan solidariti kita bersama rakyat Palestin dengan menyertai himpunan aman yang akan diadakan pada Jumaat 13 Oktober 2023 ini di seluruh negeri Terengganu agar negara tersebut bebas dari cengkaman zionis Israel.
𝙐𝙨𝙩𝙖𝙯 𝙈𝙤𝙝𝙙 𝙃𝙖𝙧𝙪𝙣 𝙀𝙨𝙖
𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢
𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢 𝘗𝘈𝘚 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘛𝘦𝘳𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘯𝘶