Home Fastaqim

Zul Handy Sanjung Penganjuran Fastaqim

4947
SHARE

Zul Handy Sanjung Penganjuran Fastaqim

Oleh: Aisyah Yamin

KUALA NERUS, 29 Sep – Bila kita berhijrah, kita tukar suasana di samping tak tinggal sahabat lama, demikian ujar bekas volkalis kumpulan rock, Zul Handy Black yang turut merancakkan pentas fastaqim 2.0 dengan persembahan nyayiannya.

Katanya, ramai yang memberi sokongah setelah beliau berhijrah dan berjinak dalam dunia dakwah.

Malah tambahnya, rata-rata peminat beliau juga selesa dengan pendekatan baru yang dibawa.

“Tidak dinafikan ada kawan yang berminat bersoal jawab berkenaan agama cuma cara mendekati ‘rockers’ agak sedikit berbeza.

“Ranai yang memberi respon positif dan selesa dengan pendekatan terkini saya,” ujarnya ketika program santai di pentas Fastaqim 2.0 hari ini.

Zul Handy dalam masa sama memuji penganjuran Fastaqim dan menyifatkannya sebagai satu himpunan yang telah menyemarakkan semangat jihad selari dengan ajaran Islam.

Tambahnya, penganjuran fastaqim ini menuntut pengorbanan harta dan tenaga.