Home Fastaqim

Yakinlah Dengan Kepimpinan Ulamak – Ustaz Azhar Idrus

1,741 views
SHARE

Yakinlah Dengan Kepimpinan Ulamak – Ustaz Azhar Idrus

Oleh: Aisyah yamin

KUALA NERUS, 29 Sep – Gelombang Fastaqim 2.0 di sini hari ini menampilkan figura ikon dakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus dalam bicara santai bersama Zul Handy Black dalam mengupas pengalaman dakwah mereka.

Ustaz Azhar Idrus dalam ucapannya menyeru orang ramai yang hadir ke Fastaqim 2.0 hari ini agar yakin dengan platform Islam.

Beliau dengan nada bersemangat turut mengajakn hadirin untuk tetap istiqomah dengan kepimpinan ulamak.

“Fastaqim bermaksud orang yang istiqomah bersama ulamak untuk memenangkan Islam.

“Orang ini ganjarannya syurga dan mereka ini tidak akan berduka cita di akhirat.

“Jangan dulu kita minat Islam sekarang tidak,” tegas Ustaz Azhar menegur tindakan golongan yang memperlekeh perihal agama.

Turut hadir berkongsi pentas bersama Ustaz Azhar dalam bicara santai di Fastaqim 2.0 hari ini ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.