Home Berita PAS Perak

Ziarah Terakhir Buat YB Dato’ Khusairi

1830
SHARE

ZIARAH TERAKHIR BUAT YB DATO’ KHUSAIRI

SLIM RIVER – 16 Julai 2020 – 8.30 pagi.

Berkesempatan menziarahi Allahyarham YB Dato’ Khusairi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim yang meninggal dunia pada petang semalam akibat serangan jantung di Bentong, Pahang.

Membacakan yaasin dan solat jenazah bersama orang ramai di Masjid Felda Sungai Behrang, Tanjung Malim. Jasa dan pengorbanan Allahyarham sangat besar terutamanya buat masyarakat di Slim River dan rakyat negeri Perak secara umumnya.

Allahyarham menjadi wakil rakyat Slim selama empat penggal sejak 2004 dan mempunyai latar pendidikan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) di Universiti Kebangsaan Malaysia serta pernah bertugas sebagai pegawai akhbar untuk ADUN Sukau, Kinabatangan selama tiga tahun bermula 1988.

Turut bersama memberikan penghormatan terakhir ialah Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, YB Dato Haji Saarani Mohamad serta pimpinan UMNO dan PAS di pelbagai peringkat.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, dihimpunkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga. Didoakan juga agar ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
AL-FATIHAH..