Ampang, 20 September – Ziarah Syifa’ telah dijalankan petang semalam oleh Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan(LKK) PAS Kawasan Titiwangsa,
Cikgu Yusoop bin Abd Hamid di Hospital Ampang Puteri.
AJK LKK menziarah Saudara Syed Mohsin Baraqbah Syed Faozi, 55 tahun yang menghidap penyakit strok kali ke-2. Sungguhpun begitu, Saudara Syed tetap tabah & kuat semangat melawan sakitnya.
Beliau ialah abang ipar kepada Syed Ariffin Cawangan Desa Pahlawan. Beliau juga merupakan ahli PAS seumur hidup.
Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan (LKK), sentiasa komited membuat lawatan & ziarah syifa’ untuk membantu mendoakan serta menyampaikan sumbangan.
Besarlah harapan kami, LKK agar masyarakat turut bersama-sama menghulurkan sumbangan supaya dapat kami salurkan kepada mereka yang memerlukan.
Bagi yang ingin menyumbang, sila hubungi AJK Bendahari,
(En. Josri : 019-2855464), atau salurkan ke akaun
Maybank : 5640-9850-4101
(PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN TITIWANGSA)
Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Islam Memimpin Perpaduan
#MuafakatNasional
#ziarahsyifa
#kebajikanuntuksemua
#sumbanguntukkebaikan
#jomshare