Home Artikel PAS Sabah

*ILMU POLITIK ISLAM DI MASJID : SURAMNYA SUARA AGAMAWAN

71 views
SHARE

Abu Maryam Safiyah
25 September 2019

Islam agama yang padat dengan ilmu hingga wujud kepelbagaian perbahasan. Akidah sebagai dasar, Ibadah, hadith, Siyasah Syariyyah (politik Islam), Muamalat Islam, Akhlak-Tasawauf, Qaidah Fiqh, Usul Fiqh dan pelbagai lagi disiplin Ilmu hingga kadang – kalanya tidak terkejar umat ini akan saratnya kefahaman dalam Islam yang perlu dicari gali. Membawa maknnya tiada rehat yang lama sebenarnya dalam mencari ilmu yang Allah wariskan.

Maka bersahutanlah pengajian kuliah dan taalim (pengajaran agama) berorieantasikan fikh ilmu di masjid – masjid, surau dan musolla serta pelbagai medan yang menjadi pilihan. Itulah pegangan ulamak salaf tabien dengan pesanan:
لا ينال العلم براحة البدن

“ilmu tidak akan dapat dengan badan yang berehat”

Dalam konteks pengajian di masjid, satu perkara yang masih memberi kekusutan kepada saya apabila melihat sangat sedikit suara agamawan menyentuh soal politik Islam. Bukankah ilmu ini sebahagian dari ‘sibghah’ (acuan) Allah. Perkara yang lebih mendukacitakan apabila masih segelintir agamawan mengganggap berbicara soal politik sama seperti menimbulkan fitnah dan pergolakkan di masjid. Pemikiran sempit dari manakah yang dianuti. Sedang ilmu ini masih asing di mata masyarakat. Selamanya mahu berperang dengan persepsi tanpa berani mencuba apa itu kebenaran sedangkan masjid medan terbaik memulakan pendidikan secara pencerahan.

Bukankah mengemukakan permasalahan kepimpinan dan pentadbiran dan mengetengahkan Islam sebagai resolusi adalah kaedah terbaik dan bersifat kontekstual. Jika kita tidak bersuara mewujudkan perbincangan permasalahan yang ada kemudian menegaskan Islamlah penyelesai, dimana umat boleh melihat kekuatan Islam yang memimpin dan menyelamat? Hanya sahaja menjaga adab dan disiplin dalam menyampaikan mesej. Jika bersesuaian uslub dan manhaj tidak timbul isu kerisauan dan kesempitan dada.

Namun persoalannya sampai hari ini masih tidak memberi gambaran perubahan kepada polemik krisis kefahaman yang ada. Kita berbahas soal fiqh solat jemaah, Imam tersalah maka kita menegaskan makmun mestilah tegur perbetulkan. Akan tetapi dalam isu kepimpinan yang salah dan menyeleweng melibatkan umat Islam kita tidak atau terlalu sukar mengutarakan pengajaran yang boleh diimplementasikan. Adilkah kita sebagai agamawan mengaku pembawa kebenaran? Adakah ilmu itu hanya berhenti dalam solat atau ibadah khususiyah semata mata?

Betapa hebatnya perbincangan Siyasah Islam, sehingga ada kitab khusus dinukil para ulamak silam, _Ahkamul Sultaniyyah_ Karya Imam Al Mawardi, _Siyasah Syariyyah_ karya Imam Ibn Taimiyyah, _Fiqh Daulah_ Syeikh Dr. Yusof Al Qardhawi, _Bab Imarah_ Majmuk Hadith Kepimpinan Sohih Bukhari dan Muslim, ilmu Sirah dan Ayat-Ayat Al Quran sebagai asas dalil yang tidak boleh disembunyi kebenarannnya. Tidak sebut kitab-kitab berlambak yang lagi. Lalu kenapa ilmu ini masih suram di meja kuliah. Marilah agamawan semua kita bawa diri koreksi posisi masing-masing.

Kalaulau keadaan ini masih berterusan, maka janganlah rasa pelik dan kebingungan umat masih melahirkan kepimpinan yang jahil dan masih zalim terutama kepada agama mereka sendiri dek kerana gersangnya pemikiran umar menilai secara pertimbangan Islam untuk memilih dan melantik. Saya beranggapan dengan pengalaman ada, perangai terlalu menjaga perasaan jemaah atau perasaan tidak ingin dianggap ‘musuh’ kepada jemaah membuatkan kita bisu dan buta.

Maka duduklah ia di zon selesa senantiasa.