Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Ziarah Prihatin di Pangsapuri PPRT Kota Damansara

959
SHARE

Ziarah Prihatin di Pangsapuri PPRT Kota Damansara 

24 September 2018, Selangor : Kejadian menggemparkan, di mana seorang kanak-kanak perempuan, Almarhumah adik Siti Nurnadirah yang berumur 4 tahun terjatuh dari tingkat 17 di pangsapuri PPRT Kota Damansara baru-baru ini sangat menyayat hati semua orang. Menurut penduduk di situ, kejadian ini bukanlah pertama kali, namun pernah berlaku beberapa kali sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, rombongan Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengambil inisiatif menziarahi keluarga arwah pada 22 September 2018, Sabtu lalu.

Selain itu, ziarah yang diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang juga merupakan mantan Calon PAS Parlimen Sungai Buloh dan Ustazah Wan Hasrina, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS), merangkap Ketua Penerangan dan Hubungan Media DMPM, pada hari tersebut telah mengambil kesempatan juga menziarahi Pn Jayanthi a/p Subramaniam, Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sungai Buloh yang telah kematian suaminya. Manakala ziarah kemudian disusuli oleh rombongan yang lainnya ke 4 buah rumah asnaf di PPRT Kota Damansara.

Dalam ziarah itu juga, rombongan Skuad Prihatin telah menyampaikan sumbangan daripada para penyumbang yang dermawan kepada kesemua 6 keluarga yang telah diziarahi.

Turut hadir dalam rombongan ziarah tersebut ialah,Barisan pimpinan DMPNS, Ketua LKK DMPNS, Pn Noriha, Ketua LKK PAS Kawasan Sungai Buloh (PKS) dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Sungai Buloh (DMPKS), Pn Asidah, Barisan pimpinan dan AJK LKK DMPKS serta Ahli Cawangan.

Rata-rata, penduduk sekitar berasa amat kesal dengan apa yang berlaku di pangsapuri mereka baru-baru ini. Sudah tiba masanya, pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan keselamatan yang sewajarnya ke atas pangsapuri tersebut agar tiada lagi kejadian yang sama akan berlaku.