Home Berita PAS Terengganu

Ziarah perkukuh hubungan masyarakat dan pemimpin

31
SHARE

Oleh : Rohayati Ripin

SETIU — Program ziarah jalinan kasih mengeratkan hubungan antara masyarakat dan pemimpin dan meninjau keperluan penduduk serta menggalakkan sikap prihatin dalam kalangan komuniti.

Ketua Muslimat PAS Setiu, Ustazah Wan Ramlah Wan Abdul Rahman berkata, program sebegitu selaras dengan aspirasi Negeri Terengganu untuk melahirkan masyarakat yang maju, berkat, dan sejahtera.

“Sebanyak 10 buah rumah di Unit Daerah Mengundi (UDM) Langkap sempat kami ziarahi dan santuni masyarakat di sana.

“Kami berharap kunjungan ini dapat memberi sedikit kegembiraan dan semangat kepada mereka yang memerlukan,” jelasnya ketika ditemui.


Turut hadir sama ialah dalam ziarah pada 27 Oktober itu ialah isteri Ahli Parlimen Setiu, Norazlin Farilah Hasyim dan isteri ADUN Langkap, Khadijah Abd Ghani.

Justeru, beliau berharap program itu dapat diteruskan secara berkala agar lebih ramai golongan yang memerlukan dapat disantuni.

“Kami mendoakan semoga yang sakit akan segera sembuh dan semoga mereka diuji terus diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

“Program ini adalah cerminan usaha kami untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat dan pemimpin serta menyalurkan sokongan kepada mereka yang sedang diuji,” katanya.