Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Ziarah Muslimat PAS kematian suami

70
SHARE

KUALA LUMPUR : Skuad Prihatin telah menziarahi Asiah Baki, Ketua Muslimat PAS Wangsa Maju merangkap Pengerusi APSA DMPWP, yang baru kehilangan suami di kediaman keluarga ini, baru-baru ini.

Suami beliau, sebelum ini telah dimasukkan di Hospital Seremban kerana mengalami masalah patah tulang bawah tengkuk dan kaki tidak boleh bergerak akibat terjatuh.

Turut hadir dalam ziarah ini  Zurina Din, Timbalan Pengerusi LKKS DMPM, Khadijah Mahmud, AJK LKKS DMPM, serta Zarina Amri, mantan AJK DMPK Wangsa Maju bagi menyampaikan sedikit sumbangan serta menzahirkan sokongan moral buat Asiah Baki sekeluarga.

Skuad Prihatin dengan penuh
duka cita menyampaikan sebesar-besar ucapan takziah buat seisi keluarga yang ditinggalkan. Semoga Allah mengampuni arwah dan menempatkan beliau bersama para anbiya’ dan solehin serta dikurniakan keredhaan menghadapi kehilangan.