Home Berita PAS Sabah

Ziarah MOSWAY PAS Putatan santuni 100 buah keluarga

192
SHARE

Oleh : Fadilah Nordin
30 Oktober 2022

Kota Kinabalu : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan telah mengadakan Program Ziarah MOSWAY (miskin, orang kurang upaya, sakit, warga emas, ‘armalah’ dan anak yatim) dan menyampaikan bantuan kepada 100 buah keluarga sekitar Kampung Tanjung Aru dan Kampung Petagas, kelmarin.

Program tersebut merupakan kesinambungan program ziarah yang dijalankan secara mingguan bagi membantu keluarga yang memerlukan sumbangan keperluan asas harian.

Ketua Lajnah Kebajikan PAS Putatan, Noorsheela binti Shamsudin mengatakan program ziarah ini adalah tanda prihatin PAS Putatan terhadap kesusahan dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat khususnya di Putatan selepas pascapandemik Covid-19 yang telah melanda negara selama 2 tahun sebelum ini.

“Kita memahami bahawa saat ini rakyat sedang bertungkus-lumus memperbaiki kestabilan keluarga masing-masing selepas mengharung ujian getir sepanjang Covid-19 2 tahun lalu. Semoga sumbangan yang kami berikan ini dapat meringankan sedikit bebanan keluarga yang menerima,” ujar beliau.

Turut hadir dalam program tersebut adalah AJK Perhubungan PAS Sabah, Mohd Tarmizi Mohd Yahya dan Salman Mohd Amin, AJK Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah, Ustaz Mustaqim Aling dan Setiausaha Penyelaras PAS DUN Tanjung Aru, Rizaldi bin Amzirwan.