Home Berita PAS Wilayah

Cuci Motor Percuma Buat Warga Lembah Pantai

105
SHARE

Oleh Muhbib ‘Adni

LEMBAH PANTAI, 30 Okt : Program Cuci Motor Percuma yang berlangsung pada hari ni mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Program yang berlangsung di Pak Lang Carwash mendapati, sebanyak 50 buah motosikal telah berjaya dibersihkan dalam program anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Lembah Pantai (DPPKLP) itu.

Hadir memeriahkan program tersebut adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, LAr Fauzi Abu Bakar.

Pengarah Program, Nur Amirul Zakwan berkata masyarakat setempat sudah beratur untuk menunggu motosikal dibersihkan sebelum program bermula lagi.

“Alhamdulillah, sambutan terhadap program ini amat baik namun memandangkan masa adalah terhad, sebanyak 50 biji motosikal terawal berjaya dibersihkan.

“Kami juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khasnya kepada pemilik Pak Lang Carwash yang menjadi lokasi program ini,” katanya ketika ditemui di sini.