Home Berita PAS Wilayah

Ziarah Mega Mesra Pengundi Titiwangsa

900
SHARE

KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2017 – PAS Titiwangsa telah mengadakan ziarah mega mensasarkan para pengundi kawasan tersebut. Seramai 50 orang petugas PAS termasuk Ameerah iaitu entiti Muslimat Muda PAS telah turun ke lapangan menyantuni pengundi-pengundi di sekitar Jalan Wirawati. Turut bersama dalam program tersebut ialah Yang DiPertua PAS Titiwangsa, Tuan Haji Khairul Anuar Abdul Manap, Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Titiwangsa, Tuan Hj Yaccob Omar dan Ketua Muslimat PAS Titiwangsa, Puan Sharifah Rashida Sayed Idrus. Seawal jam 10 pagi, para petugas telah memulakan operasi menyantuni pengundi-pengundi dari rumah ke rumah di sepanjang Jalan Wirawati di samping mengedar beberapa risalah penerangan serta yang berkenaan dengan Ameerah Care. Sebanyak kira-kira 200 buah rumah pengundi telah menerima kehadiran petugas-petugas PAS dengan hati terbuka dan mesra.

Program ziarah yang acapkali diadakan ini membuktikan keprihatinan PAS Titiwangsa terhadap kehidupan penduduk setempat. PAS akan terus menggembeling tenaga ahlinya demi memastikan menjaga kebajikan masyarakat setempat dan merapatkan ukhuwwah masyarakat sesuai dengan suasana masyarakat majmuk dan penduduk majoriti Islam di Malaysia. Sesungguhnya rakyat kini dilihat begitu keliru dengan propaganda musuh-musuh Islam. Rakyat ternyata perlukan PAS berperanan selaku parti Islam yang dapat memberi pencerahan terhadap semua kekeliruan yang dijana oleh budaya sekularisme yang mencemari cara hidup Islam di bumi Malaysia.