Home Artikel PAS Wilayah

MAJLIS HI-TEA JELAJAH G-SALAM WANGSA MAJU MERIAH

174 views
SHARE

WANGSA MAJU, 15 Oktober 2017 – PAS Kawasan Wangsa Maju dengan jayanya telah melengkapkan siri Jelajah Gerakan Sejahtera Bersama Islam (G-Salam) dengan mengadakan Majlis Hi-tea bersama Ketua Penerangan PAS Pusat, Yang Berhormat Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Sambutan di luar jangkaan dengan kehadiran lebih 100 orang ahli-ahli PAS serta masyarakat setempat di sekitar Wangsa Maju.

Suasana ini jelas membuktikan bahawa PAS tetap utuh di hati rakyat dan masyarakat kebanyakan walaupun sering dihujani dengan pelbagai tohmahan serta persepsi buruk sebelum ini.

Lajnah Penerangan PAS Pusat (LPP) dengan kerjasama LPP Wilayah Persekutuan dan Wangsa Maju telah menganjurkan majlis Hi-tea ini yang bertempat di Restoran Pak Tam Asam Pedas Taman Melati, bermula dari jam 4.30 sehingga 6.30 petang.

Majlis telah dipengerusikan oleh Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani bin Mohamed Daud disusuli dengan ucapan oleh Bendahari DHPP Pusat, Encik Kong Tuck Wah.

Turut memeriahkan majlis adalah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan (WP), Tuan Haji Mohamad Noor bin Mohamad, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh, AJK PAS Pusat Sdr Kamaruzaman bin Mohamad dan Ketua Penerangan PAS WP, Tn Hj Khuzaini, YDP Kawasan Wangsa Maju, Tn Hj Razali bin Tumirin dan beberapa orang pimpinan PAS WP.

Dalam ucapannya, Tuan Hj Razali menggambarkan kehadiran pimpinan PAS dari pusat dan WP telah membuka lembaran baru kepada perjuangan PAS kawasan dalam mendepani PRU-14 yang akan datang.

Pesuruhjaya PAS WP, Tuan Haji Mohamad Noor bin Mohamad pula mahukan rakyat terus memberikan sokongan kepada PAS untuk mentadbir negara ini ke arah kesejahteraan.

Majlis akhirnya telah disempurnakan oleh YB Ustaz Nasrudin Hassan dengan menerangkan bagaimana usaha PAS akan menerajui Malaysia dengan agenda Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS).

PAS bukan sekadar boleh memerintah tetapi telah berjaya mentadbir Negeri Kelantan selama 27 tahun dengan pendekatan islam syumul di bawah kepimpinan Ulama.

Masyarakat bukan Islam di sana tidak akan dipinggirkan. Mereka boleh berniaga dan mengamalkan agama anutan mereka tanpa ada sekatan dari kerajaan negeri.

Selama satu penggal di Terengganu (1999-2004), PAS telah meluluskan sebanyak 50,000 pemilikan geran tanah kepada rakyat Terengganu.

Kutipan tol di jambatan Kuala Terengganu dihapuskan serta melupuskan cukai pintu kepada unit rumah kediaman.

PAS terus berdiri teguh dengan prinsip “Sejahtera Bersama Islam” dan akan memperjuangkan hak dan keadilan rakyat secara saksama.

Justeru, marilah kita terus bersama-sama menyokong PAS kerana PAS bukan sahaja mampu malah telah terbukti mampu memberikan banyak manfaat kepada rakyat apabila diberi mandat kelak.

*_#SejahteraBersamaIslam_*
*_#MaraMenujuCita_*
*_#WangsaMajuSejahtera_*