Home Rencana PAS Selangor

Pelan 30 hari pertama DPPK Gombak sesi 2021/2023 – Ketua Pemuda DPPK Gombak

23
SHARE

May be an image of text that says "Û DACS Memuktamadkan barisan jawatankuasa DPPG, UKI, Lajnah, dan Jabatan. Memaksima penglibatan pemuda semua ngkat melalui pemerkasaan sumber.manusia. manusia. CO Pertemuan dengan pemuda cawangan dan entiti DPPG. PELAN 30 HARI 12 KTOBER 12 NOVEMBER 2021 Zlarah Mahabbah pemimpin pemuda parti lain, MalamAnugerah Malam Anugerah DPPG. DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN GOMBAK Qiyamullailperdana. Qiyamullail perdana. f Perbincangan Perbincanganawal awal pelan strategik. Pelan penerangan dan media baru yang lebih relevan. Pengurusan aset OPPG yang lebih baik"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dr Firdaus Azim
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Gombak 2021/2023

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) ke-26 baru sahaja melabuhkan tirainya pada 11 Oktober 2021 lalu dan telah memperlihatkan perubahan kepimpinan.

Pada 12 Okt 2021, barisan kepimpinan penuh telah diisytiharkan kepada seluruh ahli pemuda PAS Gombak dalam satu pertemuan Usrah Gabungan.

DPPG mensasarkan beberapa perkara penting untuk dicapai dalam 30 hari pertama kepimpinan sesi 2021-2023.

1. Memuktamadkan barisan kepimpinan di peringkat UKJ DUN, Lajnah, Jabatan dan semua entiti DPPG di semua peringkat selewat-lewatnya 26 Okt 2021.

2. Memaksimakan penglibatan keseluruhan pemuda PAS Gombak dalam mana-mana entiti DPPG melalui mekanisme pengurusan sumber manusia yang lebih komprehensif.

3. Melakukan pertemuan dua mata dengan pemuda cawangan dan beberapa entiti penting pemuda, antaranya PASTI, SRITI, Jabatan Amal Malaysia dan Alternative Riding Club.

4. Mengadakan ziarah mahabbah dengan kepimpinan pemuda parti-parti politik yang lain.

5. Mengadakan Malam Anugerah DPPG bagi meraikan kepimpinan Pemuda yang lepas, ahli-ahli pemuda yang baru sahaja menamatkan zaman kepemudaan dan para penerima anugerah sempena AGM. yang lalu.

6. Mengadakan Qiyamullail Perdana sebagai usaha mempersiap tenaga pemuda ke arah pilihanraya ke-15.

7. Mengadakan perbincangan awal penetapan pelan strategik DPPG di peringkat sektor, lajnah, jabatan dan seluruh entiti di bawah DPPG bagi sesi 2021 / 2023

8. Menyediakan pelan penerangan dan media baru yang lebih ampuh dan relevan untuk menarik anak muda.

9. Memperkemas dan memantapkan pengurusan aset utama DPPG.

Adalah diharapkan keseluruhan ahli Dewan Pemuda PAS Gombak dapat memberi sokongan terhadap perancangan yang telah diputuskan oleh kepimpinan DPPG.

15 Oktober 2021 | 8 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor