Home Berita PAS Sabah

Ziarah Mangsa Kebakaran Kampung Lok Urai Pulau Gaya

634
SHARE

Oleh : Hawwa Athiyah
15 Mac 2021

PUTATAN : 11 Mac lalu, kita digemparkan dengan khabar kejadian kebakaran di  Lok Kurai, Pulau Gaya. Kejadian itu melibatkan 87 buah rumah, dan lebih 200 orang penghuni terkesan.

Justeru, Dewan Muslimat PAS Putatan telah mengambil inisiatif mengumpulkan sumbangan dan menyerahkannya kepada mangsa kebakaran.

Jam 5 petang semalam, bantuan telah diserahkan kepada 13 keluarga yang ditempatkan sementara waktu di Dewan Serbaguna Sembulan, semalam.

Penyerahan sumbangan diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Putatan, Ustazah Normi Mat Yusof dan disertai oleh ahli jawatankuasa DMPK Putatan yang lain.

Wakil-wakil keluarga yang terlibat menerima sumbangan dalam bentuk set kelengkapan solat, tuala, selimut, bantal dan set kendiri (sabun, berus gigi dan ubat gigi).

Kunjungan tersebut turut disambut oleh pegawai JKM yang bertugas, Encik Syazrin serta beberapa sukarelawan daripada JPAM dan RELA.

Selain daripada keluarga yang berada di penempatan sementara Sembulan, berbaki 27 lagi keluarga yang masih tinggal buat sementara waktu di Surau Kg Lok Urai. Mereka juga telah menerima sumbangan pagi semalam.

Sekalung penghargaan buat semua penyumbang kerana memberikan kepercayaan kepada PAS Kawasan Putatan untuk menyampaikan amanah kepada keluarga yang terlibat. PAS Putatan terus beriltizam menjaga kebajikan warga Putatan.