Home Artikel PAS Selangor

Ziarah Mahabbah Ke Pejabat Pegawai Daerah Dan Tanah – Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang

507
SHARE

Oleh : PAS Tanjong Karang

Kuala Selangor | 18 September 2020

Satu pertemuan Ziarah Mahabbah bersama Pejabat Daerah & Tanah Kuala Selangor telah diatur oleh PAS Kawasan Kuala Selangor dan PAS Kawasan Tanjong Karang berkaitan isu air pasang besar yang bakal melanda Daerah Kuala Selangor.

Pertemuan ini telah diwakili YDP PAS Kawasan Tg Karang Ustaz Zamri Mantop, NYDP Cikgu Sulaiman, AJK Kebajikan Kawasan Tok Mat Yatim, Komandan Amal Tuan Mohd Hafiz.

Turut bersama dalam pertemuan berkenaan ialah YDP PAS Kawasan Kuala Selangor Cikgu Rashid, Komandan Tuan Hamdi, dan Muslimat PAS Kuala Selangor.

Untuk makluman bagi peringkat daerah, Pegawai Daerah/District Officer (DO) merupakan Ketua Operasi bagi kesemua sektor Kerajaan menyelaras bantuan dan tindakan.

Khidmat Malaysia telah hadir dan memberi solusi melalui Jabatan Amal, Kebajikan Kawasan Muslimat dan Ameerah sebagai tenaga untuk membantu jika terjadi bencana.

Tuan DO berterima kasih atas tawaran dari PAS Kawasan dan Khidmat Malaysia. Sebarang isu berkaitan misi menyelamat/bantuan selepas ini akan dipantau selia beliau untuk memastikan kelancaran operasi.

Isu lain yang berbangkit seperti Rancangan Tembatan Banjir (RTB) Sg Buloh, pencemaran bau di Rawang, isu air hitam di Jeram turut dijelaskan oleh Tuan DO dengan sebaiknya.

2 batang sungai utama yang turun ke Daerah Kuala Selangor iaitu Sungai Selangor dan Sungai Buloh telah mendapat perhatian khusus Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor untuk diselenggara secara berterusan. Dengan perancangan kehadapan, isu banjir seperti di Kg Kuantan dan Bukit Hijau akan dapat diatasi.

Semoga usaha yang sedikit ini akan mendapat keberkatan Allah SWT.

KM Kuala Selangor dan Tg Karang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor