Home Artikel PAS Pahang

Ziarah Mahabbah di Felda Selancar

280
SHARE


17 Oktober 2020
Penulis – Mohd Ikhwan Raof B Ramlan.

Selancar :: PAS DUN Muadzam telah mengadakan Ziarah Mahabbah ke Felda Selancar 2 dan seorang kakitangan kilang sawit di Felda Selancar 3 bagi menyampaikan sedikit sumbangan kepada 2 buah keluarga yang menghidap stroke dan sakit saraf.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Ramli B Awang Ahmad yang juga diiringi Oleh Ketua Cawangan Mohammed Asri B Mohammed Shamsuddin bersama Setiausaha DUN serta muslimat dari Cawangan Selancar 2.

Ziarah ini dapat mengukuhkan ukhwah serta menghargai mereka yang tidak berupaya lagi untuk meneruskan rutin harian.

Bagi mereka yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian ke akaun Bank Islam 06064010004398 atas nama MTD Muadzam Shah.