Home Artikel PAS Perak

E-waste: Melestarikan Alam Sekitar -DMPN Perak

424
SHARE

1. Alam sekitar adalah hak mutlak Allah SWT yang dipinjamkan kepada manusia untuk kelangsungan hidup dan pembangunan sesebuah tamadun. Bukan itu sahaja, malah Islam juga telah menganjurkan umat manusia supaya tidak melakukan kerosakan ke atas alam sekitar. Ia dapat dilihat jelas melalui Firman Allah SWT di dalam Surah Al-A’raaf ayat ke 56.

2. “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya.”

3. Dewan Muslimat PAS Negeri Perak melalui Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) menyokong penuh kempen pengumpulan barangan elektrik dan elektronik (e-Waste) 2020 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan Jabatan Alam Sekitar Perak baru-baru ini.

4. Bertindak selari dengan usaha murni itu, Dewan Muslimat PAS Negeri Perak menegaskan bahawa peranti mudah alih perlu dilupuskan secara sempurna apabila tidak lagi digunakan. Ini kerana bahan pembuatannya tidak boleh terurai secara semulajadi dan mengandungi komponen bahaya yang boleh menjejaskan kesihatan dan mencemarkan persekitaran.

5. Dalam pada itu, menerusi proses kitar semula yang betul, ternyata 90% daripada bahan yang digunakan dalam peranti mudah alih dan aksesori boleh dipulihkan semula. Antara yang boleh dilupuskan dengan selamat melalui kempen pengumpula e-Waste ini ialah computer, telefon bimbit dan lain-lain lagi.

6. Oleh hal sedemikian, LATAS Dewan Muslimat PAS Negeri Perak mengambil inisiatif dengan melaksanakan pengumpulan tersebut melalui kerjasama erat Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta mana-mana pihak yang mempunyai hubungkait bagi melestarikan usaha ini. Perlaksanaan ini juga akan terus giat dijayakan bermula di peringkat negeri seterusnya berkembang ke kawasan-kawasan.

7. Kesimpulannya, Dewan Muslimat PAS Negeri Perak menyeru agar rakyat Malaysia khususnya negeri Perak meletakkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai matlamat utama dlm kehidupan. Ia amat penting bagi menyelamatkan khazanah yang tidak ternilai ini daripada terus dimusnahkan sekali gus melahirkan alam sekitar yang kekal sihat dan seimbang untuk kelangsungan generasi akan datang.

“Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”

Ikhlas daripada,
Pn Salmah Ab Latiff
Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar
Dewan Muslimat PAS Perak
18 Oktober 2020 / 1 Rabiulawal 1442H