Home Artikel PAS Perlis

Ziarah Kebajikan Bantu Ringan Beban Ibu Tunggal

620
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Rasa terharu menyelubungi hati seorang ibu tunggal dekat sini apabila penderitaan yang terpaksa ditanggung beliau mendapat perhatian Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar.

Menerusi program Ziarah Kebajikan Anak Muda anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPPK Kangar, beberapa orang wakil DPPK Kangar dan ARC Kangar diketuai ketuanya Dr. Saifizi Saidon, telah menziarahi ibu tunggal berkenaan di kediamannya di Pangsapuri Seri Sena dekat sini pada 28 Julai lalu.

Norhaiziah Din kini bersendirian menjaga anaknya berusia 21 tahun yang menderita penyakit saraf tanpa sokongan daripada bekas suaminya.

Terhimpit dengan beban kewangan, ibu kepada empat orang anak itu mengakui terpaksa memberikan tumpuan sepenuh masa menjaga anaknya itu yang tidak lagi mampu menguruskan dirinya sendiri.

Bersempena ziarah berkenaan, Dr. Saifizi turut menghulurkan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan harian serta wang tunai daripada Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan DPPK Kangar kepada beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai dan sumbangan bolehlah dibuat menerusi akaun Public Bank bernombor 6886034107 atas nama Norhaiziah Din.