Home Artikel PAS Sarawak

Ziarah Kasih Ramadhan di HUS

52 views
SHARE

OLEH: WANEE DONI

Petra Jaya, 30 Mei 2018: Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Petra Jaya kini menyantuni dan mengadakan program ziarah kasih Ramadhan bersama pesakit di Hospital Umum Sarawak kelmarin.

 

Program yang berobjektifkan meraikan pesakit yang berada di hospital pada bulan Ramadhan ini sangat memberi pengajaran dan keinsafan kala melihat rata-rata pesakit yang tidak terdaya untuk menunaikan kewajiban berpuasa lantaran kesakitan yang dialami.

“Kita mengharapkan agar di bulan yang mulia ini semua pesakit dapat mengambil iktibar dan berapang dada dengan ujian yang Allah beri.” ujar Puan Habsah Bujang yang mengetuai program ziarah tersebut.

 

Sebanyak 100 penerima pek ziarah kasih Ramadhan yang berisi bahulu dan kurma itu disampaikan kepada setiap pesakit di hospital tersebut.

PAS Petra Jaya mengharapkan agar semua orang mengambil kesempatan bulan Ramadhan sebagai bulan keinsafan dan memohon keampunan Allah untuk setiap yang kita lakukan.