Oleh: Mimi Hazwa M.Shom
24 OKTOBER 2022
PUTATAN: PAS Kawasan Putatan menerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan meneruskan program Ziarah Kasih MOSWAY (Miskin, Orang Kurang Upaya, Sakit, Warga Emas, Armalah dan Anak Yatim) dan kali ini ziarah kasih diteruskan di kampung Muhibbah, Putatan.
Ziarah kasih MOSWAY kali ini dihadiri oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Putatan, Noorsheela Shamsudin.
Ahli JawatanKuasa Perhubungan PAS Negeri Sabah Mohd Tarmizi Mohd Yahya turut hadir dan membantu menyerahkan sumbangan kepada penduduk kampung Muhibbah.
Sumbangan berupa beras 5 kilogram telah diserahkan terus kepada 50 keluarga yang merupakan penduduk di kampung tersebut.
Program Ziarah Kasih MOSWAY yang disusun dan diadakan di kawasan Putatan khususnya merupakan program menyantuni dan membantu rakyat terutama golongan yang tidak berkemampuan, orang kurang upaya, sakit, warga emas, ‘armalah’, dan anak yatim.
PAS Putatan berharap menerusi Program Ziarah Kasih MOSWAY ini dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan dan mengeratkan lagi hubungan baik dengan masyarakat di sekitar kawasan Putatan.