Home Berita PAS Melaka

Tersentuh lihat OKU dibawa lelaki India ke Gerai Prihatin Perikatan Nasional

172
SHARE

Oleh IBNU JANIE

TANGGA BATU, 24 Okt: Timbalan Pesuruhjaya-1 PAS Negeri Melaka, Bakri Jamaluddin tersentuh apabila melihat seorang lelaki India membawa seorang rakannya berbangsa Melayu yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) untuk berbelanja di Gerai Prihatin anjuran Perikatan Nasional Tangga Batu.

Menurut beliau, pada mulanya beliau menyangka bahawa lelaki OKU itu juga berbangsa India, namun selepas berbicara dengan lelaki itu beliau mendapati bahawa lelaki itu seorang berbangsa Melayu.

“Bila saya tengok dia buka dompet dia, dia cari-cari duit saya nampaklah daripada dompet duit dia banyak duit seringgit. Saya kata dalam hati saya orang tua ni bukan orang senang. Jadi saya tawarkan dia ‘tak apalah pakcik, pakcik tak payah bayar, biar saya yang bayar.

“Jadi bila saya bayar, dia menangis. Itu yang buat saya sangat tersentuh. Kemudian dia angkat tangan berdoa semoga saya diberikan rezeki oleh Allah dan diberikan rahmat dan barakah hidup. Itu yang menyentuh hati saya,” ujarnya lagi.

Bakri yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu menambah, sebagai menghargai jasa lelaki India itu yang akan menyambut Deepavali, beliau turut menghadiahkannya satu set barangan yang sama sebagai tanda terima kasih.

Tambahnya lagi program Gerai Prihatin ini yang menjual set barangan berupa sekampit beras 5kg, seekor ayam, 1.5kg kentang, 1.5kg bawang dan satu botol minyak masak 1kg pada harga hanya RM30 adalah satu program yang sangat bagus.

Katanya lagi, program ini sangat bermanfaat dalam keadaan ekonomi berapa di tahap pemulihan kesan daripada pandemik Covid-19 dengan golongan yang berpendapatan rendah paling terkesan.

Menurut Bakri daripada maklumat terkini golongan B40 kini telah menjadi B60 dengan ramai rakyat Malaysia jatuh ke golongan kurang mampu menjadikan program seperti ini lebih membantu rakyat berbanding program isi minyak motor percuma.

“Dengan sekampit beras, dengan ayam dan beberapa barangan keperluan dapur yang kita berikan paling tidak makanan dapat dihidangkan di atas meja untuk ahli keluarga. Itu yang saya harapkan.

“Dan mudah-mudahan Perikatan Nasional dapat teruskan program ini untuk masa-masa yang akan datang. Inilah yang kita panggil sifat-sifat dan keprihatinan kita daripada Perikatan Basional khususnya untuk rakyat Malaysia,” ujar beliau kepada Harakah.

Program yang berlangsung di Taman Seri Tanjung Minyak, di sini, pada Ahad itu melibatkan lebih 20 orang petugas daripada PAS dan Bersatu di mana ia adalah inisiatif Ketua Bahagian Bersatu Tangga Batu, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen.

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH