Home Artikel PAS Wilayah

Ziarah Kasih Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Labuan

237
SHARE

Ziarah Kasih Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Labuan

Oleh: ABDULLAH SOMAD JAMIL

LABUAN: Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Labuan (LKPKL) meneruskan agenda Ziarah Kasih dan menyantuni masyarakat pada semua peringkat di sini kelmarin.

Kali ini LKPKL telah menziarahi seorang warga emas yang berumur 70-an iaitu Haji Jamir Abu Bakar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Rabu lepas. Beliau mengalami patah kaki dan kini masih dirawat di Hospital Nukleus, Labuan.

Menurut Haji Jamir, kemalangan itu berlaku ketika beliau menunggu bas di tepi jalan dan tiba-tiba datang sebuah motosikal melanggarnya dari belakang.

Turut serta dalam Ziarah Kasih tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Labuan, Haji Hamir Haji Zahari, Naib Yang Dipertua PAS, Haji Abdul Rahim Haji Salleh, Ketua Dewan Muslimat, Hajah Jarinah Awang Jaafar, Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Hajah Haslina Haris dan beberapa AJK yang lain.

Sumbangan ikhlas daripada PAS telah disampaikan oleh Haji Hamir kepada Haji Jamir hasil derma ikhlas daripada para penyumbang.

“Alhamdulillah, Haji Jamir dalam keadaan stabil dan saya mengharapkan agar kita semua menjaga keselamatan diri walaupun di tempat yang dirasakan selamat kerana malang itu tidak berbau,” ujar Haji Hamir.