26 Mei 2019, BUKIT BINTANG: PAS Cawangan Jalan Masjid India telah menganjurkan program Ziarah Kasih Ramadan yang melibatkan golongan Miskin, OKU, Sakit, Warga Emas, Armalah dan Yatim (MOSWAY) di Kuarters JKR Jalan Sungai Besi 1/4 hari ini.
Turut bersama rombongan dalam program ini ialah Dr. ‘Uyun selaku Timbalan Ketua PAS Cawangan, wakil dari MusMedik Dewan Muslimat PAS Malaysia serta wakil Surau Nur Iman dari perumahan tersebut.
Selain beramah mesra, serahan sumbangan dan duit raya, PAS Cawangan Jalan Masjid India juga turut mengadakan pemeriksaan kesihatan kepada ahli rumah yang diziarahi.
Menurut Dr. ‘Uyun katanya, “Program seperti ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara PAS Bukit Bintang dan masyarakat setempat.”
Diharapkan silaturrahim yang terjalin diberkati Allah SWT dan program seperti ini dapat dilaksanakan dari masa ke semasa.