Home Artikel PAS Johor

SANTUNI RAKYAT DI FELCRA SEKIJANG DENGAN AGIHAN SUMBANGAN MENJELANG SYAWAL

48 views
SHARE

SANTUNI RAKYAT DI FELCRA SEKIJANG DENGAN AGIHAN SUMBANGAN MENJELANG SYAWAL

24 Mei 2019 bersamaan 19 Ramadhan 2019(Jumaat):

Berkat penghulu segala hari iaitu di hari Jumaat yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ,suatu program *Majlis Penyerahan Sumbangan dan Majlis Berbuka Puasa* telah diadakan di Surau Al-Hidayah,Felcra Sekijang ,Segamat Johor.

Suasana majlis diserikan dengan kehadiran tetamu undangan iaitu Tuan Hj.Anuar Bin Abd.Manap yang merupakan Presiden PEMBELA (Pertubuhan Kebajikan Warga Felda Malaysia) .

Beliau juga juga merupakan mantan Presiden Majlis Belia Malaysia suatu ketika dahulu
Kini beliau adalah merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Sekijang .

Turut hadir bersama adalah Puan Rahana Binti Mohamed ,Pengerusi PeladangNita PPK Daerah Segamat .Beliau juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sekijang.Manakala Dato’ Baharum Bin Mohamed yang merupakan Penasihat Pertubuhan Muafakat Parlimen Sekijang merangkap Ketua Bahagian UMNO Sekijang tidak dapat hadir kerana ada urusan penting di Kuala Lumpur .

Semua warga Felcra Sekijang juga sangat rasa terharu atas kesudian Tuan Pengurus Felcra Sekijang ,En.Arifin Bin Munaji melapangkan masa untuk hadir ,beramah mesra dengan penduduk kampung serta turut menyampaikan sumbangan kepada
penerima di perkarangan Surau Al-Hidayah,Felcra Sekijang Segamat.

Suasana majlis juga begitu ceria dengan kehadiran En.Ma’ arof Bin Abd.Mutalib ,Naib Presiden PENDIDIK merangkap Yang Dipertua (YDP ) PAS Kawasan Sekijang .

Sebanyak 50 bungkusan barang keperluan dapur sempena Syawal yang bakal menjelang telah disampaikan .

Namun ada penerima yang tidak dapat hadir atas beberapa keuzuran dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan .Mereka semua akan dijemput dalam majlis penyerahan sumbangan fasa 2 nanti di Felcra Sekijang .

Kesemua pimpinan masyarakat yang diundang sebagai tetamu ini, telah bergilir menyampaikan sumbangan kepada insan yang memerlukan .Rasa sungguh terharu atas keprihatinan semua pimpinan menyampaikan sumbangan dan pemberian ini sangat dihargai oleh penduduk kampung yang sememangnya amat memerlukan barang keperluan dapur ini agar Syawal yang dilalui akan lebih bererti.

Majlis bermula dengan ucapan aluan pimpinan ,penyerahan sumbangan ,majlis bacaan tahlil ringkas diikuti majlis berbuka puasa serta Solat Maghrib berjamaah.

Kebanyakan penerima sumbangan merupakan generasi pertama yang menjadi peneroka Felcra Sekijang yang kini agak uzur dan tua.Mereka merupakan warga emas yang perlu sentuhan dari pemimpin berjiwa prihatin dan pembelaan terhadap kebajikan mereka yang perlu diperjuangkan .

Segala kesusahan dan jerih perih mereka berdepan dengan cabaran jatuh bangun ketika menjadi peneroka Felcra Sekijang terutama di awal pembukaan Felcra Sekijang ini pasti akan menjadi kenangan suka duka ,pahit manis dan memori indah yang akan terpahat dalam lipatan sejarah.

Jutaan terima kasih atas kesudian Tuan Hj.Anuar Bin Manap menyampaikan sumbangan dan menaja sebahagian dari kos jamuan untuk Majlis Berbuka Puasa di Surau Al-Hidayah ,Felcra Sekijang Segamat Johor .

Menghayati sepotong hadis yang mafhumnya :
*_”Barang siapa memberi makanan untuk orang yang berbuka berpuasa, maka ia memperoleh PAHALA sama dengan orang yang berpuasa, sedangkan PAHALA orang yang berpuasa itu tidak berkurang sedikit pun” – (Hadis Riwayat Tirmidzi)_*

Jutaan terima kasih di atas kesudian semua tetamu yang berkunjung ke kampung saya, di Felcra Sekijang .
Rasa sangat terharu kerana sudi lapangkan masa santuni orang kampung yang kebanyakannya merupakan generasi pertama di Felcra Sekijang .

Mohon jutaan maaf jika ada sebarang kekurangan dan kelemahan sepanjang majlis berlangsung .Sesungguhnya segala kesempurnaan adalah milik ALLAH SWT jua.
Moga kita semua akan dipertemukan lagi di lain ketika dalam majlis yang lain pula di Felcra Sekijang .

Serangkap pantun dari kami :
Lipat tuala bersusun bunga
Suntingan kenangan berawan larat
Tiadalah upaya kami membalasnya
Dari dunia sampai Akhiratt.

*”PENYATUAN UMMAH DEMI ISLAM”*
*”RESTUI KAMI UNTUK TERUS BERBAKTI”*
*”UKHUWWAH ITU INDAH JIKA SEGALANYA DINIATKAN UNTUK MENCARI REDHA ALLAH SWT”*

Nukilan rasa :
Pn.Normala Sudirman(Cikgu Mala)
1.Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK).
2.Presiden Suara Pengguna Prihatin Malaysia(SPPM).
3.Timbalan Pengerusi Pusat Aduan Rakyat(PAR) Negeri Johor.
4.Pengerusi Skuad Cikgu Mala Prihatin .