Home Berita PAS Sarawak

Ziarah Ihya’ Ramadhan : Pemeriksaan Kesihatan Percuma Dan Sumbangan

551
SHARE

3 Jun 2017 bersamaan dengan 8 Ramadhan 1438, Sibuti : Ramadhan hari yang ke 8 hari ini diraikan dengan meriah sekali di salah sebuah kampung di DUN Sibuti dengan kehadiran rombongan PAS Kawasan Bintulu dan PAS Kawasan Miri. Kehadiran yang semestinya in shaa Allah membawa kebaikan dan tautan ukhwah sesama Islam kerana Allah SWT.

Beberapa aktiviti telah diatur dan disusun bagi memeriahkan Program Ihya’ Ramadhan ini, antaranya ialah Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk penduduk kampung. Beberapa orang doktor yang turut hadir bersama rombongan PAS Kawasan Miri dan Bintulu ini telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti Pemeriksaan Kesihatan Percuma ini. Melalui aktiviti ini, in shaa Allah memudahkan urusan terutama pada golongan emas yang mungkin sudah tidak larat untuk berulang alik ke Hospital atau Klinik untuk mendapatkan ubat-ubatan dan pemeriksaan. Malah, aktiviti ini bukan sahaja tertumpu pada golongan emas, golongan muda dan kanak-kanak juga turut dapat merasa kemudahan Pemeriksaan Kesihatan Percuma ini.

Selain Pemeriksaan Kesihatan, aktiviti lain yang dijalankan sepanjang hari ini adalah daftar pemilih. Melalui aktiviti ini, penduduk kampung sudah tidak perlu lagi bersusah payah untuk turun ke bandar semata-mata untuk membuat daftar pemilih di Pejabat SPR. Tetapi kini ianya mudah kerana PAS yang akan turun ke kampung dan akan membantu penduduk kampung untuk membuat daftar pemilih secara talian (Online).

Program Ihya’ Ramadhan ini dimeriahkan lagi dengan pemberian sumbangan berupa keperluan asas seperti beras, minyak, gula dan lain-lain kepada 10 orang penerima terpilih yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan dan juga ibu tunggal. Selain itu, penduduk kampung terutama golongan wanita juga menerima sumbangan berupa Telekung dengan harapan, Ramadhan kali ini serba sedikit membawa kegembiraan di hati penduduk kampung.

Antara yang hadir pada prorgam ini ialah, Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Sibuti iaitu Pak Butir dan dan juga Setiausaha PAS Kawasan Sibuti, Encik Rosman, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (LPN DMPNS), Puan Rohaya serta Muslimin dan Muslimat PAS Kawasan Bintulu dan Miri.

Dalam ucapan YDP PAS Sibuti, kata beliau, “Pas beri sumbangn, moga baik di sisi kita dan di sisi Allah. Harap puasa kita lebih baik dari puasa semalam, dan esok lebih baik dari hari ni, moga puasa kita lebih baik.” Tidak ketinggalan juga, En Rosman selaku setiausaha PAS Sibuti memberi ucapan sepatah dua kata dalam dalam program ini. Antara kata-kata beliau yang sempat di petik ialah, “Muslimin di bekenu PAS ramai, muslimat masih kurang, harap untuk kita bergabung sama-sama, bekerjasama. Kita akan kuat dengan bekerjasama.” Semoga dengan ucapan kedua orang hebat PAS Sibuti ini akan dapat menyuntik semangat anak-anak muda di Kawasan Sibuti khususnya.

  

 Program ini juga diserikan lagi dengan ucapan dari Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak iaitu Puan Rohaya. Antara ucapan beliau, “Ramadan kali ini kita gunakan sebaiknya agar jadi Ramadhan kita yg terbaik.” Katanya lagi, “Jangan takut dengan PAS, PAS buat semua untuk kebaikan dan keadilan semua.”

Program sepanjang hari ini, Alhamdulillah mendapat sambutan yang sangat baik dari penduduk kampung. Malah, penduduk kampung juga menerima kehadiran rombongan PAS Kawasan Bintulu dan Miri dengan hati yang sangat gembira dan berharap semoga program-program seperti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.

Setelah berapa tahun PAS telah membuktikan bahawa telah banyak program-program seperti ini dijayakan di seluruh pelusuk kampung di Sarawak tanpa mengira musim dan perayaan. In shaa Allah.

 

{jathumbnail off}