Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Ziarah Dan Sumbangan Dari Skuad Prihatin Buat Zulfazrie

663
SHARE

Ziarah Dan Sumbangan Dari Skuad Prihatin Buat Zulfazrie

20 Julai 2018, Ampang : Ali-radhiallahu ‘anhu berkata, aku telah mendengar Rasulullah-shallallahu’ alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah seorang muslim menjenguk muslim yang lain pada pagi hari, kecuali 70000 malaikat akan berselawat untuknya hingga petang hari. Jika dia menjenguknya di petang hari, maka 70000 malaikat akan berselawat untuknya hingga pagi. Dan dia akan mendapatkan kebun yang penuh berisi buah-buahan di syurga kelak. ” (HR. At-Tirmizi no. 969 dan dinyatakan sahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami ‘no. 5767)

Pada 16 Julai 2018 saudara Zulfazrie yang sebelum ini dilaporkan telah disahkan menghidap leukemia sekali lagi menerima kunjung ziarah dari Skuad Prihatin Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM). Ziarah kali ini dihadiri oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh. Turut serta bersama Ustazah Nuridah ialah Puan Zurina Din selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) DMPM.

Saudara Zulfazrie yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang Selangor telah melakukan kimoterapi untuk kali yang kedua dan semalam merupakan hari yang keempat. Semasa ziarah, Ustazah Nuridah dan Puan Zurina disambut mesra oleh isteri beliau yang setia di sisi. Kondisi saudara Zulfazrie semalam, beliau mengalami sedikit demam.

Di akhir ziarah, Ustazah Nuridah telah menyerahkan sedikit sumbangan kepada Saudara Zulfazrie dengan harapan semoga beliau segera diberikan Allah kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya. Sumbangan tersebut adalah hasil dari sumbangan para penyumbang yang budiman dan prihatin.