Oleh : Laila Ismail
24 Ogos 2020
BATU SAPI : PAS Batu Sapi teruskan aktiviti ziarah dan agenda kebajikan dengan turun menziarahi ahli PAS di Bandar Leila petang semalam.
Ketua Pemuda PAS Batu Sapi, Masru Mustaqeem yang mengetuai ziarah ini menyatakan bahawa agenda kebajikan adalah agenda utama PAS Batu Sapi dalam mendekati masyarakat sekaligus dapat mengeratkan silaturahim dengan penduduk di sini.
Turut bersama dalam program itu ialah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi, Norsah Bongsu menyatakan bahawa beliau sangat gembira atas sambutan mesra penduduk Bandar Leila dalam kunjungan ini.
“PAS adalah parti yang iklas berjuang untuk kebajikan rakyat, beri peluang kepada PAS untuk buktikan bahawa PAS mampu memerintah dengan baik untuk membela nasib rakyat”, ucap beliau.
Program tersebut turut disertai oleh Exco Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda Negeri Sabah, Khairul Yunus dan ketua cawangan Karamunting, M Ruslan.