Home Berita PAS Melaka

YDP PAS rakam takziah pemergian ibu kepada Ketua Bahagian UMNO Alor Gajah

819
SHARE


Oleh : Najua Roslan

ALOR GAJAH, 25 Ogos : Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin mewakili Pas Kawasan Alor Gajah merakamkan ucapan takziah kepada Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, YB Datuk Seri Haji Ghafar Atan di atas kepulangan bonda beliau ke rahmatullah semalam.

Beliau turut menziarahi jenazah almarhumah dengan diiringi oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Alor Gajah, Hishammudin Abu Bakar dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Alor Gajah, Shamsul Bahrin Mohd Saad.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir adalah Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)