Home Berita PAS Selangor

Jentera dari Kuala Langat turun ke DUN Kelebang – PAS Kawasan Kuala Langat

62
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Langat

Oleh : Umar Al-Hayawi

KELEBANG, 10 November – Para petugas jentera PAS Kuala Langat hari ini telah turun ke bumi Melaka menyahut seruan Tuan Guru Presiden PAS untuk menghulurkan tangan bantuan bagi persediaan PRN Melaka pada Sabtu, 20 November ini.

“Semboyan PRN Melaka telah pun bergema”. Petugas-petugas dari PAS Kawasan Kuala Langat terus komited, menyambut arahan parti bagi membantu memenangkan calon PN di DUN Kelebang.

May be an image of 7 people and people standing

Sekalung ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada jentera PAS Kawasan Kuala Langat yang telah turun membantu dalam persediaan PRN Melaka di DUN Kelebang. Semoga kemenangan milik Perikatan Nasional.

” Melaka Memilih Perikatan Nasional ”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor