Oleh: Fadilah Nordin
30 Ogos 2020
Sandakan : Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu berucap dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah kali Ke-30 bertempat di Kelab Rekreasi Tanan Indah Jaya hari ini.
Dalam ucaptama beliau ada menyentuh tentang etika media sosial iaitu menjadi penulis alam maya yang menerang bukan menyerang dalam menyampaikan maklumat Parti.
Norsah menekankan kepada semua yang hadir agar sentiasa menunjukkan akhlak Islam yang konsisten dalam menyebarkan maklumat di media sosial.
“Jauhi penyebaran fitnah, penghinaan terhadap individu, humor melampau dan sebagainya merupakan etika yang perlu digarap dalam penulisan maya” tegas beliau lagi.
Beliau juga mengingatkan kepada semua Mujahid Siber Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah supaya sentiasa menyalurkan maklumat yang tepat dan benar serta mengaplikasikan Budaya Politik Matang dan Sejahtera.