Home Artikel PAS Sabah

Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah laksana Muktamar kali Ke-30 patuhi SOP

215
SHARE

Oleh : Laila Ismail
31 Ogos 2020.

BATU SAPI : Hari ini Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah telah mengadakan Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah kali Ke-30 di Kelab Rekreasi Indah Jaya, Sandakan.

Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Hajah Rosni binti Adam.

“Muslimat PAS adalah pemimpin bagi wanita dan kita perlu sentiasa meneruskan agenda perjuangan kita dengan lebih kedepan dan komitmen yang padu,” ujar beliau dalam ucapan perasmiannya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu turut berpuashati dengan perjalanan muktamar pada hari ini yang memenuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Perwakilan Muslimat yang hadir lebih kurang seramai 70 orang perwakilan yang terdiri daripada ahli-ahli jawatakuasa diperingkat 14 Kawasan PAS Muslimat Negeri Sabah.

Muktamar ini juga merupakan program himpunan pertama anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah selepas Perintah Kawalan Pergerakan diadakan mengikut SOP yang telah diarahkan oleh pihak kerajaaan.