Home Artikel PAS Pahang

Yusri juara Pertandingan Memanah Piala ADUN Chenor

596
SHARE

 

MARAN: Mohd Yusri Abdul Wahab dari Negeri Terengganu muncul Johan Lelaki Pertandingan Memanah Piala YB ADUN Chenor Terbuka Pahang setelah mengumpul 460 mata.

 

Manakala kategori wanita diungguli oleh Norshalina Zainuddin dari Selangor dengan jumlah mata 354, dalam program yang berlangsung di padang  awam Felda Sungai Nerek baru-baru ini.

 

ADUN Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang kejohanan tersebut.

 

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh PETRA (Pertubuhan Pemanah Tradisional) Maran dengan kerjasama PETRA PAHANG, Kelab Memanah Masjid At Taqwa Kg Awah, As Safra Bukit Lada dan Nerek Archery.

 

Pertandingan disertai lebih daripada 200 orang pemanah seluruh Negara.

 

Hadir sama dalam majlis perasmian  Saiful Anwar Mokthar mewakili Exco Kerajaan Negeri Pahang Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, Penghulu Mukim Bukit Segumpal, Pengerusi Mashid At Taqwa Kampung Awah dan Penolong Pengurus Agro Bank Temerloh, Fazlinda Mohd Fazir.

 

Sebelum itu, Ustaz Mujib telah menyampaikan sumbangan kepada waris peserta TAKAFUL ADUN CHENOR yang meninggal dunia. Masing-masing menerima RM3,500 bagi kematian biasa.