Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar
Oleh : Ahmad Fansuri
SEKINCHAN, 30 September – PAS Kawasan Sungai Besar mendapat perkhabaran satu keluarga telah diuji dengan kebakaran rumah pada awal pagi Selasa.
Ustaz Fadzin Taslimin, YDP PAS Kawasan Sungai Besar menyantuni keluarga mangsa yang diuji dengan kebakaran rumah yang disewa petang semalam. Suasana sayu dan hiba menyelubungi mangsa dan ahli keluarga yang lain semasa kunjungan.
Keadaan rumah mangsa yang musnah keseluruhan rumah, menyebabkan 3 anak mangsa terpaksa menumpang teduh di rumah neneknya. Ibu bapa mereka masih berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang manakala anak mangsa yang berada di Hospital Sungai Buloh semalam telah dipindahkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
“Satu ujian yang besar buat keluarga ini apabila dalam sekelip mata, kehilangan semua harta yang ada. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa. Semoga keluarga ini terus diberikan ketabahan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak, khususnya jiran tetangga yang cakna kebajikan keluarga ini” ujar Ustaz Mohd Fadzin setelah selesai ziarah mangsa kebakaran.
Turut hadir dalam ziarah keluarga mangsa ialah YB Dato’ Imran, ADN Sungai Panjang, Pegawai Pusat Khidmat Parlimen Sungai Besar dan Pegawai JKM.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor