MAKLUMAN RASMI KEMATIAN USTAZ MUSTAFA SHAARI TPJ 1PAS PERAK
Badan Perhubungan PAS Perak di maklumkan berita sedih kehilangan Timbalan Pesuruhjaya satu AF ustaz Mustafa bin Shaari yang kembali kepada penciptanya kira kira jam 4 .05 minit petang tadi. Beliau menghembuskan nafas terakhir setelah dirawat beberapa hari di KPJ Manjong. Sebelum itu almarhum di rawat di hospital Manjong berikutan komplikasi jantung dan beberapa masalah lain.
Badan Perhubungan PAS Perak sangat merasai kehilangan murabbi yang begitu istiqamah menghidupkan tarbiah PAS Perak. Almarhum adalah ketua Lajnah Tarbiah negeri yang juga timbalan ketua Dewan Ulama PAS Perak. Beliau juga dipilih sebagai timbalan pesuruhjaya satu bagi memantapkan tarbiah ahli PAS Perak sessi ini. Sebagai seorang murabbi istiqamah , beliau juga adalah YDP PAS kawasan Pasir Salak.
Badan Perhubungan PAS Perak sangat merasai kehilangan beliau. Pesuruhjaya PAS Perak YB Hj Razman Zakaria mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS Perak merakamkan takziah kepada keluarga almarhum. Semoga Allah menerima segala jasa dan pengorbanan beliau dan di tempatkan bersama golongan syuhada dan solehin.
FAIRUZ HAFIIZH BIN OTHMAN
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Perak.
3 Syawwal/ 04 Mei 2022.