Home Berita PAS Sabah

Hari Raya Aidilfitri: Limpahan Rahmat Bagi Umat Islam

54
SHARE

 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberikan Kita terlalu banyak nikmat dalam kehidupan kita. Sebagai hamba maka wajar untuk kita mengungkapkan rasa syukur dengan perbuatan dan  perkatan tanda seorang hamba kepada Tuhan-Nya.

1 Syawal jatuh pada 2 Mei 2022. Seluruh umat Islam menyambut  Hari Raya Aidilftri iaitu hari kemenangan buat umat islam setelah kita melaksanakan Ibadah puasa selama sebulan.

Ungkapan rasa syukur setelah 2 tahun umat Islam khususnya di Malaysia tidak dapat bersama keluarga di kampung bagi merayakan Aidilftri di sebabkan pandemik wabak Covid-19 yang menyerang seluruh dunia sebelum ini, kini kita dapat balik ke kampung halaman masing-masing bagi merayakannya dengan rasa syukur. Semoga dengan wabak Covid-19 ini menjadi peringatan buat kita semua  agar sentiasa mentaati perintah Allah SWT dan menjauhi segala dosa dan maksiat.

Setelah kita mengharungi sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, kita menjadi suci dan bersih daripada dosa-dosa kecil yang kita telah lakukan sebelum ini. Kasihnya Allah Taala dengan sifat pemaafnya kita menjadi hamba yang suci daripada dosa.

Semoga ibadah puasa yang kita lakukan selama 30 hari sebelum ini menjadi ibadah puasa yang berkualiti, ikhlas agar kita menjadi hamba yang diampunkan dosa-dosa. Inilah janji Allah SWT yang Maha Pemaaf, walaupun hamba-Nya banyak melakukan dosa pasti Allah akan memaafkan hamba-Nya.

Allah sangat senang dengan taubat hambanya sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

اللَّهُ أَفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ سَقَطَ عَلَى بَعِيرِهِ ، وَقَدْ أَضَلَّهُ فِى أَرْضِ فَلاَةٍ

“Sesungguhnya Allah itu begitu bergembira dengan taubat hamba-Nya melebihi kegembiraan seseorang di antara kalian yang menemukan kembali untanya yang telah hilang di suatu tanah yang luas.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dan nikmat kita menyambut 1 Syawal merupakan kemenangan yang besar bagi umat Islam setelah kita semua menempuh kesabaran untuk mentaati perintah kewajiban berpuasa selama sebulan. Bukan itu sahaja segala anggota tubuh kita juga turut berpuasa agar tidak merosakkan ibadah puasa yang kita kerjakan. Maka dengan itu haram bagi umat Islam berpuasa pada 1 Syawal, kerana Allah Taala memerintahkan untuk kita meraikannya dengan rasa syukur.

Raikanlah Aidilftri dengan rasa syukur, ingatlah orang yang susah di sekeliling kita agar cakna akan tanggungjawab sebagai saudara Muslim. Semoga mereka juga dapat merayakan Aidilftri dengan rasa gembira.

Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita dan terus istiqamah dengan amal ibadah agar kita semua hidup dalam ketaatan dan perlindungan Allah Taala.

Selamat Hari Raya Aidilftri
Maaf Zahir dan Batin.

USTAZ AZMAN JUPRI
Ketua
Dewan Ulama PAS Negeri Sabah