Home Berita PAS Pahang

YDP PAS Bentong buat laporan polis terhadap Ngeh

51
SHARE

Oleh: KHAULAH AL AZWAR

BENTONG, 1 Jan : Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Bentong, Khairuddin Abdullah telah membuat laporan polis terhadap Ngeh Koo Ham berhubung satu kenyataan beliau baru-baru ini yang telah menyinggung sensitiviti umat islam, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, petang semalam.

Di dalam laporannya Khairuddin mendakwa sekitar jam 8.00 malam pada 29 Disember lalu, beliau telah terbaca satu kandungan portal arus perdana bertajuk “Lantik pakar bukan Islam bantu JK kaji kompetensi DUN gubal undang-undang syariah” dikeluarkan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham di pautan ini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/12/1193651/lantik-pakar-bukan-islam-bantu-jk-kaji-kompetensi-dun-gubal-undang

Berdasarkan pemahaman beliau, Ngeh cuba mencadangkan agar kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas tersebut yang ditubuhkan awal bulan ini.

“Kenyataan ini merupakan suatu kenyataan yang menyentuh isu sensitif berunsur agama, raja dan bangsa. Ia merupakan kenyataan yang berbahaya kerana boleh menimbulkan kekacauan dan menjejaskan hubungan antara kaum di dalam masyarakat.

“Justeru laporan ini dibuat agar pihak polis dapat membuat siasatan terhadap Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham, di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta lain-lain undang-undang yang berkaitan,” ujarnya.

Pihak istana Selangor juga menurutnya telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini seperti yang dinyatakan dalam pautan ini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0zbucj3fBPENxpSE7Ur9x3Snu49f5rkVuVeeveVMNHXNHdSJQgAZp76NGBNhBJ2Yrl&id=100064327463639&mibextid=Nif5oz