Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Menyingkap 2023, Selamat Datang 2024

39
SHARE

Menyoroti peristiwa sepanjang tahun 2023, tidak dapat dinafikan bahawa isu ketidakstabilan politik dan kelembapan ekonomi negara lebih mendominasi tajuk-tajuk akhbar tempatan.

Dua perkara ini menjadi cabaran besar kepada Kerajaan Perpaduan yang dilihat masih belum bertemu rentak untuk mendepaninya sehingga terpaksa melakukan rombakan kabinet pada pertengahan Disember 2023.

Dengan mengambil keputusan untuk tidak bersama kerajaan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS bersama Perikatan Nasional terus berperanan sebagai blok pembangkang yang konstruktif serta kerajaan yang stabil mentadbir empat buah negeri – Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Alhamdulillah keputusan Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman menunjukkan lonjakan besar sokongan rakyat Malaysia kepada PAS dan Perikatan Nasional.

InsyaAllah pada Pilihan Raya Umum ke-16 nanti, tidak mustahil PAS akan dipilih untuk mengemudi kerajaan Malaysia, mungkin juga lebih awal dari itu.

Pada hari terakhir tahun 2023 ini juga merupakan hari ke-93 jenayah perang dilakukan Zionis Israel terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza sehingga meragut lebih 21000 nyawa.

Sebagai umat Islam khususnya dan manusia sejagat amnya, marilah kita terus memanjatkan doa kepada Palestin agar bumi barakah ini diberikan nusrah dan kemenangan oleh Allah SWT serta kembali bebas merdeka dari penjajahan Zionis Israel.

Seterusnya sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama berperanan dalam mengukuhkan perpaduan, kemakmuran dan keharmonian negara agar tahun 2024 yang bakal tiba ini menjadi tahun yang lebih sejahtera untuk semua.

Semoga rahmat dan kasih sayang Allah SWT sentiasa bersama kita. Amin.

HAJI AZHAR BIN YAHYA
PESURUHJAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN