Home Berita PAS Pahang

YB Ustaz Zakhwan sampaikan sumbangan sempena PKP di Dun Tahan

1406
SHARE

YB Ustaz Zakhwan menyampaikan sumbangan

Hari ini mengedarkan sumbangan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Adun Tahan kepada 2 buah kampung untuk disampaikan kepada mereka yang hilang punca pendapatan selepas Perintah Kawalan Pergerakan.

Barang2 sumbangan

Selepas itu bersama-sama Penolong Pegawai Daerah Jerantut, En. Afiq Radzuan menyampaikan Bantuan Kerajaan Negeri Pahang kepada para penjaja kecil dan peniaga pasar malam yang tidak boleh berniaga pada waktu ini. Seramai 113 orang penjaja kecil, peniaga pasar malam dan penyewa kedai PBT di dalam Dun Tahan yang akan menerima sumbangan tersebut. 113 orang ini ialah mereka yang berdaftar di bawah Majlis Daerah Jerantut.

Masyarakat yang terkesan dgn PKP menerima sumbangan dari YB Adun Tahan

Sesiapa yang ingin bersama-sama kami membantu, boleh masukkan sumbangan anda ke dalam no.akaun yang disertakan.

Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan boleh terus masukkan melalui akaun di atas.

Tak boleh bagi semua , jangan tinggalkan semua.

Semoga Allah pelihara kita semua dari wabak ini. Amin.