Home Berita PAS Wilayah

YB PAS kekal rekod bersih

44
SHARE

Oleh Dhiya’ Muttmainnah

BATU, 7 Ogos: “Sehingga kini PAS di pelbagai peringkat kepimpinan negara masih mengekalkan rekod sifar rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Alhamdulillah”.

Demikian antara petikan ucapan perasmian oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim yang juga merupakan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sempena Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) Kali Ke-39 baru-baru ini.

Beliau telah membangkitkan tentang keperibadian seorang Islam yang sebenar mesti takut kepada Allah dan Rasul bahkan mesti melaksanakan perkara yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh ajaran Islam termasuk rasuah.

“Mengapa masih ada pemimpin negara beragama Islam yang terlibat dengan rasuah sedangkan ajaran Islam menegah rasuah?

“Bila bicara tentang melaksanakan nilai-nilai Islam dalam sebuah kehidupan bernegara, maka bagaimana untuk membentuk pelaksana yang baik?”, tanya beliau kepada semua muktamirat.

YB Datuk Haji Ahmad Amzad mengingatkan semua hadirin termasuk diri beliau sendiri bahawa dengan melengkapkan diri dengan keperibadian yang baik, ilmu yang bermanfaat serta jujur dalam beragama, ianya mampu membentuk kepimpinan yang menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara.