Home Berita PAS Wilayah

Fahami Perlembagaan PAS

48
SHARE

Oleh Dhiya’ Muttmainnah

BATU, 7 Ogos: Hasrat murni untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan berbakti sesama manusia khususnya bagi menegakkan ‘Al amru Bil Ma’ruf Wan Nahyu ‘Anil Munkar’ dalam kehidupan bermasyarakat dan negara telah membawa kepada penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Demikian antara intipati ucapan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim yang juga merupakan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sempena Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) Kali Ke-39 semalam.

Beliau turut mengajak semua muktamirat untuk memahami kembali dua tujuan utama penubuhan PAS iaitu yang pertama adalah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Manakala yang kedua adalah bagi mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

“Hal ini penting untuk sentiasa dilihat oleh setiap ahli PAS agar kita lebih teguh untuk membangunkan umat Islam yang bertaqwa dan mewujudkan negara majmuk yang sejahtera buat pelbagai bangsa”, tegas beliau.