Home Berita PAS Wilayah

YB Kak Nuri ziarah amilin PAS Wangsa Maju

113
SHARE

Oleh MUHAMAD ABDUL FATEH

WANGSA MAJU,5 Nov: YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri), Penyelaras Parlimen Wangsa Maju bersama PAS Kawasan Wangsa Maju telah menyantuni mangsa kemalangan jalan raya menerusi program Ziarah Kasih Amilin, semalam di Kampung Sg Mulia.

Mohamad Asri, 42, isteri dan anak merupakan mangsa yang terselamat dalam kemalangan kereta terbakar yang berlaku pada 31 Oktober ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.

YB Kak Nuri telah menyampaikan sumbangan kepada beliau bagi meringankan beban yang dihadapinya sekeluarga.

Hadir sama ialah YDP PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Mohd Abdul Hadi dan Naib Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Mahfuzan Gaddafi.