Home Berita PAS Wilayah

YB Kak Nuri bantu warga maahad tahfiz

21
SHARE

Oleh MUHAMAD ABDUL FATEH

WANGSA MAJU, 16 Julai: YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri) dan PAS Kawasan Wangsa Maju menyampaikan 72 pek bantuan #DAPURRAKYAT kepada 72 tenaga pengajar dan ibu bapa pelajar Maahad Tahfiz Darul Furqan, Kampung Padang Balang yang terjejas dengan pandemik COVID-19 hari ini.

Sebelumnya, fasa pertama bantuan sebanyak 50 pek #DAPURRAKYAT telah diberikan kepada warga maahad tahfiz berkenaan.

“Bantuan ini kita usahakan di bawah Program Bantuan Bencana COVID yang mula diadakan sejak 13 Mac lalu. Setiap hari, lebih 100 barangan bantuan disampaikan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Wangsa Maju.

“Keluarga pelajar tahfiz yang tinggal di sekitar kampung ini majoritinya bekerja sendiri seperti penghantar makanan, pekerja kontrak dan lain-lain,” jelas YB Kak Nuri ketika menyampaikan bantuan tersebut.

Beliau turut komited untuk meneruskan bantuan sebegini secepat mungkin supaya golongan ini dapat menyambut Hari Raya Aidiladha dengan suasana yang gembira dan meriah.

Menurutnya lagi, barangan seperti beras, tepung, gula, minyak masak, telur, sardin dan mihun termasuk pek nasi ayam turut disediakan kepada penduduk setempat bagi meringankan beban mereka yang kehilangan sumber pendapatan.

Turut hadir ialah YDP PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Timbalan Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Nur Azmi Yusuf dan Naib Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Mahfuzan Gaddafi.