Jumaat, 8 Jan ; ADUN Jengka YB Ustaz Shahril Azman diiringi Dato’ Wira Ameer bin Mydin Pengarah Urusan Mydin Holding Berhad dan Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd Pengarah Mydin Holdings Berhad ke pasaraya baru Mydin yang terletak di Bandar Pusat Jengka dibuka pada hari ini.
Turut bersama Encik Rostam Tarib Pengurus Mydin Jengka, Dato’ Hj Che Rosli bin Hj Che Muhammad Pengarah Urusan RJ Liner Travel & Tours Sdn Bhd, Encik Shafie Mad Esa Pengerusi Cakne Rakyat, Insp. Taufiq Ketua Polis Bahagian PJKK, Raja Mohd Arif Raja Shamsudin Ketua Balai Bomba Jengka.
Majlis Perasmian Pembukaan Mydin Jengka oleh ADUN Jengka YB Ust Shahril Azman bersama Dato’Wira Ameer Mydin dengan acara memotong riben.Selepas itu diteruskan dengan lawatan ke dalam bangunan Mydin untuk melihat keadaan semasa Mydin yang baru dibuka.
Dato’ Wira Ameer Mydin Pengarah Urusan Holdings Berhad menyatakan hasrat pembukaan Mydin untuk membuka lebih peluang pekerjaan kepada penduduk Jengka.
” Pihak Mydin sangat mengalukan masyarakat setempat memperolehi pekerjaan di sini dan membuka kedai tersendiri di sini untuk memeriahkan lagi suasana di Mydin Jengka” ujar beliau.
YB Ust Shahril Azman menyambut baik usaha Mydin dalam meningkatkan ekonomi semasa di Jengka.Menurut beliau, ” Usaha yang baik ini sangat membantu penduduk terutama usahawan kecil di sini”.
Semoga keberadaan Mydin di Jengka dapat memeriahkan suasana dan mendapat tarikan daripada luar.